RM400,000 diluluskan kerajaan negeri Sabah kepada Jabatan Pertanian Sabah agar penganjuran Pesta Bunga Sabah dapat diadakan setiap tahun.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu bagi memastikan penganjuran pesta ini mencapai sasarannya bagi melindungi spesis bunga yang terdapat di negeri itu.